Sunday 27 November 2011

Iktibar Hijrah

Salam Maal Hijrah utk diriku dan seluruh umat. Hijrah lalu masih berbaki untuk ditatang. Iktibar hijrah lalu menjadi bara api agar manifestasi diri melindungi perisai harapan. Ya Rahman, Ya Rahim...aku berlindung dengan-Mu dan memohon pertolongan-Mu Ya Rabbi...Kasihilah hamba-Mu ini, permudahkan urusan persiapan tesisku, lancarkanlah penulisanku agar aku terus mara hingga ke garisan penamat.

Friday 25 November 2011

Cahaya Hati

Maaf, bukan nak ketengahkan karya orang luar dan menafikan kehebatan karya tempatan. Tapi, saya suka lagu dan lirik "Cahaya Hati" nyanyian Opick. Sesekali...mendengar lagu untuk mendatangkan mood.... :-)

Thursday 24 November 2011

Menanti 1433 Hijrah

Alhamdullillah..syukur kerana Allah berikan peluang untuk meneruskan kehidupan dengan tenang, aman dan barakah..insya-Allah.

Sekadar sebaris dua catatan di sini, tanda aku pasrah dengan kesibukan tugas sebagai insan. Akulah hamba-Mu yang daif dan serba kekurangan...naifnya aku dengan ilmu yang ku gali..semakin aku mencari & bertemu ilmu baharu..aku sedar aku sgt kerdil & masih byk yg aku belum tahu..

Justeru, pada-Mu ku mohon ya Allah...beriku kekuatan untuk menelusuri jambatan ilmu dunia dan juga akhirat.

Semoga fajar 1433 Hijrah membawa sinar kesejahteraan buat aku, keluarga & muslimin-muslimat.Amin.